Huraian
Setiap
daripada kita pernah mengalami mimpi.
Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk.
Namun
tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya.
Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan
kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar
menjadi kenyataan.
Mimpi
bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu
yang akan berlaku.
Contohnya,
Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi
kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi
yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan
Idul Adha.
Nabi Ibrahim a.s bermimpi,
lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu
kepada anaknya, Ismail,
"Wahai anakku,
aku bermimpi menyembelihmu.
Bagaimana pendapatmu?"
(as-Shaffat: 102).
Kerana yakin mimpi itu
datang daripada Allah S.W.T,
maka nabi Ismail a.s merelakan
dirinya dikorbankan.
Allah menghargai kesetiaan
hamba-hamba-Nya yang soleh ini
lalu menggantikan Ismail
dengan seekor kibas.
Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s.
Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada
bapanya nabi Ya'qub,
"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang,
matahari, dan bulan bersujud kepadaku."
(Yusuf: 4).
Ternyata mimpi ini
membawa petanda baik
bahawa nabi Yusuf
akhirnya diangkat menjadi
pemimpin yang berkuasa dan bijak.
Namun mimpi bagi insan
yang jauh dari keimanan
kebanyakannya datang daripada syaitan.
Jika mimpinya itu benar-benar
menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai
peringatan daripada Allah SWT
agar mereka yang jauh daripada
kebenaran (hidayah) itu
kembali dekat kepada-Nya.

Mari Bersama Menuju Kejayaan
Jom lihat projek yg pasti untung..
|
No comments:
Post a Comment